Publications

PEMAKLUMAN SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN TEKNOLOGIS BERIJAZAH/ TEKNOLOGIS PROFESIONAL (TS.) DALAM BIDANG PENGKOMPUTERAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEPADA SEMUA PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan semenjak 2024, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) merupakan Penandatangan Seoul Accord, iaitu suatu perjanjian pelbagai hala antara badan-badan akreditasi antarabangsa. Perjanjian ini merupakan suatu usaha di peringkat antarabangsa untuk memastikan graduan dalam bidang Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat mempunyai kesetaraan dalam aspek kompetensi dan kualiti. Negara penandatangan Seoul Accord ialah Australia, Kanada, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea, Mexico, United Kingdom, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Ireland dan Indonesia. Bilangan negara penandatangan juga bertambah pada setiap tahun.

3. Sehubungan dengan itu, bermula pada tahun 2027, hanya graduan daripada program-program yang telah menerima akreditasi daripada MBOT sahaja layak untuk berdaftar sebagai Teknologis Berijazah dan Teknologis Profesional (Ts.). Ini melibatkan bagi pendaftaran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IT), Teknologi Keselamatan Siber (CS) dan Teknologi Senireka dan Kreatif (AM). la bagi memastikan penyeragaman profesional, peningkatan kawal selia kompetensi, serta penjajaran program akademik dengan amalan di peringkat antarabangsa.

4. Bagi memastikan para graduan dalam bidang-bidang tersebut layak berdaftar dengan MBOT, pemberi pendidikan tinggi adalah diseru untuk mendapatkan akreditasi daripada MBOT. Sebagai makluman, program-program yang menerima akreditasi MBOT, secara automatik akan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta mendapat pengiktirafan daripada Seoul Accord.

Perhatian daripada pemberi pendidikan tinggi berhubung perkara ini amatlah dihargai

 

Posted by Administrator, On Dec 12, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

Block Z1-08-11, 2 Presint 1
Menara Ochre @ Alamanda
Jalan Alamanda
62000 W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8861 9075 / 9074 / 9077

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my