Publications

PEMAKLUMAN: AKREDITASI PEMATUHAN (COMPLIANCE ACCREDITATION) SEBAGAI MEKANISME BAHARU MENGGANTIKAN AKREDITASI PELANJUTAN (EXTENDING ACCREDITATION) DAN AKREDITASI PENERUSAN (CONTINUING ACCREDITATION)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pada masa ini, Akreditasi Pelanjutan (Extending Accreditation) dan Akreditasi Penerusan (Continuing Accreditation) adalah mekanisme pematuhan bagi program yang tidak mendapat tempoh akreditasi selama enam tahun. Walau bagaimanapun, selaras dengan usaha Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) untuk menambah baik mekanisme akreditasi program teknologi dan teknikal, Akreditasi Pematuhan (Compliance Accreditation) diperkenalkan bagi menggantikan Akreditasi Pelanjutan (Extending Accreditation) dan Akreditasi Penerusan (Continuing Accreditation).

3. Melalui Akreditasi Pematuhan (Compliance Accreditation) ini, program yang tidak memenuhi syarat minor akan diberikan tempoh akreditasi selama dua tahun terlebih dahulu. Dalam tempoh tersebut, Pemberi Pendidikan Tinggi perlu mengemukakan bukti pematuhan dan MBOT akan melaksanakan Akreditasi Pematuhan (Compliance Accreditation). Sekiranya semua syarat dipenuhi, program tersebut akan diberikan baki tempoh akreditasi.

4. Pelaksanaan mekanisme ini adalah terpakai kepada semua permohonan program yang dikemukakan kepada MBOT melalui MQA bermula 1 Januari 2026. la juga merangkumi program yang berstatus akreditasi sementara dan penuh bagi Sektor Akademik dan Sektor TVET. Bersama-sama ini dilampirkan Guidelines on Compliance Accreditation beserta dokumen SRR08 - Compliance Accreditation yang juga boleh didapati di laman sesawang www.ttasmbot.org.my.

5. Sekiranya pihak PPT mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan mekanisme baharu ini sila hubungi Sekretariat Akreditasi Teknologi & Teknikal melalui ttas@mbot.org.my.

Sekian, Terima Kasih.

 

Posted by Administrator, On Dec 05, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

Block Z1-08-11, 2 Presint 1
Menara Ochre @ Alamanda
Jalan Alamanda
62000 W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8861 9075 / 9074 / 9077

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my