Publications

PEMAKLUMAN BERKAITAN KEPERLUAN AKREDITASI LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) BAGI PROGRAM-PROGRAM YANG DIAKREDITASI OLEH BADAN PENANDATANGAN LAIN DI BAWAH SEOUL ACCORD

2. Seperti yang YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato/ Prof./ Dr./ Ts./ Tc./ Tuan/ Puan sedia maklum, MBOT merupakan penandatangan kepada Seoul Accord, iaitu satu perjanjian pelbagai hala antara badan-badan antarabangsa yang mengawal selia akreditasi program dan pendaftaran profesional dalam bidang computing & IT-related. Selaras dengan perjanjian ini, program-program sarjana muda dalam bidang tersebut yang diakreditasi oleh MBOT akan diiktiraf sebagai substantially equivalent oleh badan penandatangan lain.

3. MBOT menyokong usaha pemberi pendidikan tinggi yang mendapatkan akreditasi tambahan daripada badan-badan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing program di peringkat global. Walau bagaimanapun, selaras dengan Peraturan & Prosedur Seoul Accord yang diperuntukan di bawah Perkara B.8(5)(a) seperti di lampiran, program sarjana muda dalam bidang computing & IT-related yang ditawarkan di Malaysia tidak boleh diakreditasi secara unilateral oleh badan penandatangan lain sebelum terlebih dahulu memperoleh akreditasi daripada MBOT.

4. Peruntukan ini bertujuan memastikan bahawa pengiktirafan di bawah Seoul Accord mencerminkan kepercayaan bersama dalam kalangan badan penandatangan, tanpa menjejaskan kuasa badan akreditasi profesional tempatan. Senarai badan penandatangan lain di bawah Seoul Accord adalah boleh dirujuk melalui pautan berikut: https://www.seoulaccord.org/signatories.php. Sehubungan dengan pemakluman ini, MBOT mempelawa institusi pengajian tinggi YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato/ Prof./ Dr./ Ts./ Tc./ Tuan/ Puan untuk mendapatkan akreditasi daripada MBOT bagi program-program yang diakreditasi oleh badan penandatangan lain di bawah Seoul Accord.

5. Sehubungan dengan itu, MBOT mempelawa pemberi pendidikan untuk mengemukakan permohonan penilaian conversion program daripada Sektor Akademik kepada Sektor TVET. Bagi permohonan yang berjaya, tambahan tempoh akreditasi selama tiga (3) tahun akan diberikan kepada program tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai pemakluman ini, boleh dimajukan kepada Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal di talian 03-8800 6211 atau melalui emel: ttas@mbot.org.my.

Sekian, terima kasih.

 

Posted by Administrator, On Aug 26, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my