Publications

REBAT FI PENILAIAN CONVERSION PROGRAM DARIPADA SEKTOR AKADEMIK KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN & LATIHAN TEKNIKAL & VOKASIONAL (TVET), LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

2. Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) mengambil maklum berkenaan pemakluman daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui surat dengan no. rujukan MQA. 100-1/3/1(32) bertarikh 21 Mac 2025 berhubung fi bagi permohonan penilaian conversion program daripada Sektor Akademik kepada Sektor TVET.

3. Penubuhan MBOT bertujuan bagi memperkukuhkan pengiktirafan terhadap graduan TVET sebagai profesional selaras dengan agenda pemerkasaan TVET Negara. Oleh yang demikian, bagi menyokong agenda ini, MBOT menawarkan rebat bagi fi penilaian conversion program daripada Sektor Akademik kepada Sektor TVET seperti di surat pemakluman.

4. Untuk makluman, permohonan beserta fi perlu dikemukakan kepada MQA sebelum penilaian dijalankan oleh MBOT. Pihak pemberi pendidikan hendaklah berhubung dengan MBOT bagi pelaksanaan rebat di atas. Permohonan ini hanya terpakai sehingga 30 Jun 2027 bagi program berstatus akreditasi penuh di bawah MBOT.

5. Sehubungan dengan itu, MBOT mempelawa pemberi pendidikan untuk mengemukakan permohonan penilaian conversion program daripada Sektor Akademik kepada Sektor TVET. Bagi permohonan yang berjaya, tambahan tempoh akreditasi selama tiga (3) tahun akan diberikan kepada program tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai pemakluman ini, boleh dimajukan kepada Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal di talian 03-8800 6211 atau melalui emel: ttas@mbot.org.my.

Sekian, terima kasih.

 

Posted by Administrator, On Aug 15, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my