Publications

KETETAPAN DAN PENGLIBATAN PENASIHAT LUAR DAN PENASIHAT INDUSTRI

2.Penasihat luar dan penasihat industri memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan serta nasihat yang konstruktif terhadap program teknologi, agar program sentiasa relevan dan memenuhi keperluan pemegang taruh. Sehubungan itu, TTAC ingin mengingatkan bahawa ketetapan dan penglibatan kedua-dua penasihat tersebut adalah seperti berikut:

i.Berdaftar sebagai Teknologis Profesional (Ts.) atau Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang yang berkaitan dengan program ditawarkan; dan

ii.Kualiti program dinilai sama ada berbentuk laporan atau minit mesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

3.Selaras dengan ketetapan dan penglibatan yang dinyatakan, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi perkara di atas.

Sekian, terima kasih.

 

Posted by Administrator, On May 29, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my