Publications

PEMAKLUMAN KRITERIA DAN TANGGUNGJAWAB PENILAI LUAR, PENASIHAT LUAR DAN PENASIHAT INDUSTRI BAGI PROGRAM YANG DIAKREDITASI OLEH MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC)

2.Standard Akreditasi Teknologi dan Teknikal Edisi Kedua bagi Sektor Akademik dan Sektor TVET menetapkan penglibatan penilai luar, penasihat luar dan penasihat industri dalam program adalah sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. Selaras dengan ketetapan ini, TTAC menggariskan kriteria dan tanggungjawab tersebut sebagai panduan kepada pemberi pendidikan seperti di Lampiran 1.

3.Kriteria dan tanggungjawab tersebut adalah berkuatkuasa bagi permohonan akreditasi bermula 1 Januari 2025. Selanjutnya, templat laporan untuk penilai luar, penasihat luar dan penasihat industri boleh dimuat turun melalui pautan https://ttasmbot.org.my/srr.php. Penilai luar adalah diwajibkan menggunakan templat yang disediakan, manakala penasihat luar dan penasihat industri adalah digalakkan sahaja.

4.Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal di talian 03 - 8800 6210 / 6211 atau emel ttas@mbot.org.my.

Sekian, terima kasih.

 

Posted by Administrator, On Nov 25, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

Block Z1-08-11, 2 Presint 1
Menara Ochre @ Alamanda
Jalan Alamanda
62000 W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8861 9075 / 9074 / 9077

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my