Publications

PEMAKLUMAN PENGIKTIRAFAN PROGRAM ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) OLEH LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

2. Seiring dengan agenda Kerajaan dalam membangunkan industri yang berkaitan dengan AI, MBOT berpandangan bahawa agenda ini perlulah disokong dengan penyediaan bakat bakat yang berkemahiran tinggi. Untuk tujuan ini, Majlis Akreditasi Teknologi & Teknikal (TTAC) telah membangunkan kerangka khusus bagi mengakreditasi program AI yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

3. Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2 seperti di Lampiran, AI dirujuk dalam kerangka ini sebagai disiplin ke-enam bagi bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi yang terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut:

i. Core Knowledge Area of Competencies Kerangka ini merujuk dan terpakai untuk semua disiplin bagi bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi, iaitu Information Technology, Information System, Computer Science, Software Engineering, Data Science dan AI.

ii. Major Discipline Knowledge Area of Competencies Kerangka ini merujuk dan hanya terpakai untuk disiplin AI bagi bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Berdasarkan kerangka ini, MBOT mempelawa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang ingin menawarkan program AI mendapatkan akreditasi menerusi TTAC.

4. Untuk makluman, ketiga-tiga dokumen ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://ttasmbot.org.my/. Sebarang terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan pihak Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal MBOT di talian 03 - 8800 6211 atau emel ttas@mbot.org.my.

Sekian, terima kasih.

 

Posted by Administrator, On Aug 06, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my