Publications

PEMAKLUMAN PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET) OLEH LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

2. Seiring dengan Dasar TVET Negara 2030 untuk menjadikan Malaysia mencapai status negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menerusi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) telah membangunkan polisi - polisi yang berkaitan untuk menyokong agenda ini. Polisi - polisi tersebut adalah seperti berikut:

i.Technology & Technical Accreditation Standard Second Edition (TVET Sector) Ia telah dipetakan kepada Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) dan juga telah didaftarkan dalam Occupational/Industry Standards and Practices (OISP) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ini bermakna, semua program yang diakreditasi oleh MBOT melalui standard ini akan diiktiraf sebagai program TVET.

ii.Guidelines on Development and Implementation of Industry Mode Programme Ia bertujuan untuk memperjelaskan secara spesifik dan menerangkan klausa tertentu dalam Technology & Technical Accreditation Standard Second Edition (TVET Sector). Ia juga akan membantu pihak institusi pengajian tinggi dalam membangunkan program mod industri.

iii.Garis Panduan Penukaran Status Program Sektor Akademik kepada Sektor TVET Ia bagi menerangkan kepada institusi pengajian tinggi yang mempunyai program-program akademik berstatus akreditasi penuh dan sementara dengan MBOT untuk bertukar status kepada program TVET. Program berstatus akreditasi penuh yang berjaya ditukarkan status daripada program akademik kepada program TVET akan diberi lanjutan tempoh akreditasi selama tiga tahun dari tempoh sedia ada.

3. Untuk makluman, ketiga-tiga dokumen ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://ttasmbot.org.my/. Sebarang terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan pihak Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal MBOT di talian 03 - 8800 6211 atau emel ttas@mbot.org.my.

Sekian, terima kasih.

 

Posted by Administrator, On Aug 02, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my