Publications

PEMAKLUMAN PINDAAN NISBAH PENGAJAR KEPADA PELAJAR BAGI PROGRAM SARJANA MUDA YANG DIAKREDITASI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI & TEKNIKAL, LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

2. Sepertimana YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Ts./Tc./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, dasar akreditasi Majlis Akreditasi Teknologi & Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sebelum ini telah menggariskan ketetapan bagi nisbah pengajar kepada pelajar peringkat sarjana muda adalah sebanyak 1:15, selari dengan yang digariskan dalam ketetapan Kerangka Kelayakan Malaysia.

3. Dalam usaha menambahbaik dasar dan proses akreditasi, TTAC MBOT telah menjalankan libat urus bersama pemegang taruh berhubung dengan ketetapan nisbah pengajar kepada pelajar bagi program peringkat sarjana muda. Hasilnya, TTAC MBOT berpandangan terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi nisbah pengajar kepada pelajar. Sehubungan itu, TTAC MBOT telah meminda ketetapan nisbah ini daripada 1:15 kepada 1:20 bagi tujuan meningkatkan fleksibiliti dan kualiti program di peringkat sarjana muda.

4. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Ts./Tc./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi YBrs. Ts. Dr. Nor Aznan bin Mohd Nor, Pengarah Sekretariat Akreditasi Teknologi & Teknikal, MBOT di talian 03-8800 6221 atau melalui e-mel n.aznan@mbot.org.my / ttas@mbot.org.my.

 

Posted by Administrator, On Jul 18, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my