Publications

LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA SEBAGAI PENANDATANGAN PENUH SEOUL ACCORD

2. Seoul Accord merupakan perjanjian pelbagai hala antara badan-badan yang mengawal selia akreditasi program dan pendaftaran profesional dalam bidang Pengkomputeran & Teknologi Maklumat yang berkaitan. Pada masa ini, Indonesia, Australia, Arab Saudi, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Korea, Ireland, United Kingdom, Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat merupakan negara penandatangan penuh Seoul Accord.

3. Sukacita dimaklumkan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah diterima sebagai PENANDATANGAN PENUH Seoul Accord. Perkara ini telah disahkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan Seoul Accord yang telah diadakan pada 15-16 Jun 2024 di New Delhi, India. Seiring dengan pengiktirafan ini, program sarjana muda yang diakreditasi oleh MBOT, khususnya dalam tiga (3) bidang iaitu Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Keselamatan Siber dan Teknologi Senireka & Multimedia Kreatif adalah setaraf dengan standard antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Seoul Accord.

4. Bagi memastikan graduan memenuhi standard antarabangsa yang telah ditetapkan serta menjamin kesetaraan dengan graduan dari negara-negara yang menjadi penandatangan penuh Seoul Accord, institusi pengajian tinggi yang menawarkan program sarjana muda dalam bidang ini mestilah mendapatkan akreditasi daripada MBOT melalui Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal.

 

Posted by Administrator, On Jun 20, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my