Publications

PEMAKLUMAN GALAKKAN PEMBERIAN PINDAH KREDIT KURSUS SECARA VERTICAL SEBANYAK 50% KEPADA PELAJAR YANG MENGIKUTI PROGRAM TEKNOLOGI DIAKREDITASI MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL, LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, akreditasi daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menerusi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) bukan sahaja merupakan satu kesinambungan kepada dasar Negara untuk terus memacu transformasi pembangunan tenaga profesional yang memiliki kompetensi yang sewajarnya, tetapi juga membuka peluang untuk graduan memasuki pasaran kerja lebih awal, bagi menampung keperluan tenaga profesional Negara dalam era Revolusi Perindustrian 4.0.

3. Sehubungan itu, pemberi pendidikan yang menawarkan program teknologi diakreditasi TTAC MBOT digalakkan memberi pindah kredit kursus secara vertical sebanyak 50% kepada pelajar yang mengikuti program tersebut. Inisiatif ini adalah seiring dengan Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi dan Dasar Akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia yang membenarkan pindah kredit maksima sebanyak 50%. Melalui inisiatif ini tidak hanya dapat memendekkan tempoh pengajian pelajar berikutan dapat mengurangkan pembelajaran berulang apabila menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, malahan dapat memotivasikan calon pelajar untuk melanjutkan pengajian.

3. Pada masa kini, kehilangan tenaga profesional tempatan amat dirasai Negara ekoran enrolmen pelajar dalam program berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di pemberi pendidikan yang rendah. Oleh yang demikian, pemberian pindah kredit kursus secara vertical sebanyak 50% kepada pelajar yang mengikuti program teknologi diakreditasi TTAC MBOT merupakan solusi terbaik meningkatkan enrolmen pelajar bagi menampung keperluan tenaga profesional Negara.

4. Semoga galakkan ini mendapat maklum balas positif daripada pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, seterusnya memberi impak positif kepada Negara.

 

Posted by Administrator, On Mar 07, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my