Publications

PENDAFTARAN GRADUAN DAN AKREDITASI PROGRAM TVET DENGAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA

2. Seperti YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Ts./Tc./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET), melalui mesyuarat pada 23 Januari 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah membuat keputusan supaya graduan TVET berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) selepas tamat pengajian (Lampiran 1).

3. Keputusan ini adalah bagi meningkatkan profesionalisme graduan TVET, seterusnya meningkatkan produktiviti industri melalui pengiktirafan teknologis dan juruteknik sebagai profesional dalam memberikan perkhidmatan teknologi dan teknikal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Teknologis dan Juruteknik 2015. Keputusan tersebut juga adalah seiring dengan peranan MBOT yang hampir sedekad memacu transformasi pemerkasaan graduan TVET dalam memenuhi keperluan industri semasa, dan graduan yang mampu mendepani landskap yang sentiasa berubah serta penuh persaingan terutamanya dalam era Revolusi Perindustrian 4.0.

3. Sehubungan dengan keputusan tersebut, MBOT mengesyorkan supaya pemberi pendidikan tinggi awam dan swasta yang menawarkan program-program TVET khususnya yang bersifat teknologi termaju termasuklah teknologi kejuruteraan bagi mendapatkan pengiktirafan akreditasi MBOT melalui Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal. Seterusnya para graduan daripada program-program tersebut dapat berdaftar dengan MBOT selepas tamat pengajian.

4. Semoga pemakluman ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Ts./Tc./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyan lanjut bolehlah menghubungi Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal di talian 03-8800 6211 atau melalui e-mel ttas@mbot.org.my.

 

Posted by Administrator, On Apr 03, 2024

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my