Publications

PELAWAAN BAGI MENAWARKAN PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BERCIRIKAN TEKNOLOGI TINGGI DAN BERNILAI TINGGI BAWAH MAJLIS AKREDITASI TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL (TTAC) LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

2. Sukacita dimaklumkan, akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) melalui Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) dijalankan melalui peruntukan dalam Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768) seperti berikut:

Kuasa Lembaga - “6(2)(g) menubuhkan majlis bagi menilai jaminan kualiti program dalam bidang teknologi”

3. Ciri ciri utama akreditasi MBOT adalah menitik beratkan kurikulum berorientasikan kompetensi dalam bidang teknologi yang bercirikan teknologi tinggi dan bernilai tinggi, khususnya kompetensi yang didorong oleh Revolusi Perindustrian 4.0 seperti Artificial Intelligence, Additive Manufacturing, Autonomous Robots, Big Data Analytics, Cloud Computing dan Internet of Things. Selain itu juga, MBOT menekankan supaya program program yang menerima akreditasi daripada MBOT menjurus kepada pembelajaran sebenar di tempat kerja, demi merapatkan jurang ketidaksepadanan antara kehendak industri dan graduan yang dilahirkan.

4. Sehubungan dengan itu, MBOT mempelawa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang menawarkan program berkaitan teknologi kejuruteraan bercirikan teknologi tinggi dan bernilai tinggi untuk mendapatkan akreditasi daripada MBOT. Antara bidang bidang yang sesuai seperti yang ditawarkan di negara-negara maju, adalah seperti; Telecommunications Engineering Technology, Robotics and Communication Systems Engineering Technology, Surveying and Geomatics Engineering Technology, Nuclear and Radiological Engineering Technology, dan Healthcare Engineering Technology.

5. Untuk makluman, akreditasi daripada MBOT merupakan satu kesinambungan kepada dasar negara untuk terus memacu transformasi pembangunan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri semasa dan graduan yang mampu mendepani landskap yang sentiasa berubah serta penuh persaingan terutamanya dalam era Revolusi Perindustrian 4.0.

6. Semoga pelawaan ini mendapat maklum balas positif daripada pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato/Prof./Ts./Tc./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyan lanjut bolehlah menghubungi Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal di talian 03-8800 6268 atau melalui e-mel ttas@mbot.org.my.

 

Posted by Administrator, On Dec 07, 2023

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my