Publications

PEMAKLUMAN PEMAKAIAN TTAC STANDARD SECOND EDITION (ACADEMIC SECTOR) BAGI PERMOHONAN PENILAIAN AKREDITASI BAWAH TTAC MBOT

Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menerbitkan standard program terbaharu iaitu TTAC Standard Second Edition (Academic Sector) yang mana pemakaiannya adalah bermula daripada tarikh pemakluman ini, manakala penguatkuasaan sepenuhnya adalah bermula pada 1 Januari 2024. Oleh yang demikian, pemakaian TTAC Manual 2019 adalah dibenarkan sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

Standard program terbaharu ini dibangunkan melalui input secara kolektif daripada Technology Expert Panel yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, industri, akademia dan pemegang taruh yang berkaitan dari setiap bidang Teknologi dan Teknikal bawah seliaan MBOT. Ianya bertujuan bagi memastikan program-program yang diakreditasi oleh TTAC MBOT adalah berelemenkan future education, flexible education dan multi diciplinary seiring dengan keperluan tenaga kerja semasa dalam sektor awam dan swasta.

TTAC Manual 2019 dan TTAC Standard Second Edition (Academic Sector) boleh dimuat turun melalui pautan https://ttasmbot.org.my/srr.php.

 

Posted by Administrator, On Mar 23, 2023

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my