Publications

PEMAKLUMAN PENILAIAN AKREDITASI TAHAP 6,5,4 DAN 3 KEPADA PEMBERI PENDIDIKAN BAGI PROGRAM TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL OLEH TTAC MBOT

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) adalah sebuah badan Profesional yang ditubuhkan berdasarkan Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768). Bertepatan dengan Seksyen 16 Akta 768, MBOT menerusi TTAC MBOT bertanggungjawab menilai jaminan kualiti program Tahap 6 (Sarjana Muda), Tahap 5 (Diploma Lanjutan), Tahap 4 (Diploma) dan Tahap 3 (Sijil) MQF bagi program Teknologi dan Teknikal yang merangkumi program Teknologi, Sains Gunaan dan Teknologi Kejuruteraan di bawah 24 bidang seliaan MBOT.

Selaras dengan tanggungjawab tersebut, Sukacitanya TTAC MBOT mempelawa Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta untuk menjalankan Penilaian Akreditasi Sementara dan Penuh bagi program di atas. Melalui penilaian ini dapat menjamin kualiti program seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang berkompetensi tinggi bagi meningkatkan tenaga kerja mahir negara. Penilaian ini juga turut mendapat sokongan berterusan daripada pengubal dasar dan pemain industri.

 

Posted by Administrator, On Mar 30, 2022

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my