Publications

PEMAKLUMAN PEMETAAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI (PPT) KEPADA HASIL PEMBELAJARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS FRAMEWORK (MQF) 2.0 DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM TTAC MBOT

Selaras dengan pemakaian Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) Edisi Kedua yang dimaklumkan melalui Pekeliling MQA Bil. 2/2018 (MQA.100-1/7/1 Jilid. 2(4) bertarikh 20 Mac 2018) dan pemakaian TTAC Manual 2019 adalah dimaklumkan kesemua hasil pembelajaran program di bawah seliaan TTAC MBOT perlu dijajarkan sebaiknya kepada MQF Edisi Kedua dan juga TTAC Manual 2019.

Bagi meraikan kepelbagaian bidang di bawah selian TTAC MBOT dan semangat fleksibiliti PPT merekabentuk program pengajian masing-masing berdasarkan keperluan pihak berkepentingan, PPT adalah dibenarkan untuk menggunakan hasil pembelajaran program (PLO) PPT sedia ada sepertimana yang dirancang berdasarkan maklumbalas pemegang taruh, tanpa keperluan mengubah maklumat program kepada hasil pembelajaran MQF2.0 dan TTAC Manual 2019. Walaubagaimanapun, PPT perlu mengemukakan pemetaan dan mekanisma pengukuran hasil pembelajaran program pengajian tersebut dengan penjajaran kepada MQF2.0 dan juga PLO TTC MBOT semasa permohonan penilaian akreditasi di bawah TTAC MBOT.

 

Posted by Administrator, On Aug 24, 2021

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my