Publications

PEMAKLUMAN PENILAIAN AKREDITASI BAGI PROGRAM DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE), PENGAJIAN MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) DAN PESISIR (OFFSHORE) TTAC MBOT

Mesyuarat Khas Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Bil.1/2021 bertarikh 22 Jun 2021 telah meluluskan Garis Panduan Penawaran Program Dual Ijazah (Dual Degree) untuk penilaian akreditasi bagi program Dual Ijazah (Dual Degree) dan Mesyuarat TTAC MBOT Kali ke-25 Bil.6/2021 bertarikh 15 Disember 2021 telah meluluskan Garis Panduan Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh untuk penilaian akreditasi bagi program pengajian secara Mod Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) serta Garis Panduan Penawaran Program Pesisir (OffShore) untuk penilaian akreditasi bagi program Pesisir (OffShore).

Garis Panduan ini adalah dokumen sokongan kepada TTAC Manual 2019 dan penghantaran dokumen Penilaian Kendiri Akreditasi (SRR) hendaklah merujuk kepada kedua-dua dokumen yang berkaitan.

Garis Panduan boleh dicapai di https://ttasmbot.org.my/srr.php.

 

Posted by Administrator, On Dec 27, 2021

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my