Archive

PENILAIAN AKREDITASI TAHAP 3 KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA OLEH LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

PUTRAJAYA, 20 SEPTEMBER 2021 - Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA) telah membenarkan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menjalankan penilaian akreditasi bagi program peringkat Sijil Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework - MQF).

Penilaian program Tahap 3 MQF ini meliputi program pengajian berasaskan bidang-bidang Teknologi dan Teknikal yang diiktiraf oleh MBOT yang terdiri daripada Sijil Vokasional dan Teknikal, Sijil Kemahiran dan Sijil Pengajian Tinggi.

Selaras dengan peruntukan Seksyen 22 (1), Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768), pemohon yang mempunyai kelayakan sijil minimum MQF Tahap 3 dalam bidang Teknologi dan Teknikal yang diiktiraf oleh MBOT layak untuk berdaftar sebagai Juruteknik Berkelayakan. Seterusnya, Juruteknik Berkelayakan yang mempunyai pengalaman praktikal sekurang-kurangnya 3 tahun layak untuk diiktiraf di peringkat profesional sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.).

Posted by Administrator, On Jan 26, 2022

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my