Archive

PENYENARAIAN LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) DALAM SISTEM PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PERKHIDMATAN AWAM (eSISRAF)

PUTRAJAYA, 20 SEPTEMBER 2021 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah disenaraikan secara rasmi dalam Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) di bawah pengiktirafan kelayakan program di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda yang melibatkan badan profesional.

eSisraf merupakan satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil sehingga Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia. Ia merupakan sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi yang dijalankan di dalam dan luar negara.

Penyenaraian ini membuktikan bahawa program-program yang telah diakreditasi oleh MBOT adalah memenuhi keperluan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khususnya bagi tujuan para graduan untuk berkhidmat dalam sektor awam.

eSisraf boleh dicapai di https://www2.mqa.gov.my/esisraf/profesional.cfm.

Posted by Administrator, On Jan 26, 2022

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

A1-3-1 & A1-3-3, Ayer@8
Jalan P8G, Presint 8
62250 Putrajaya
W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my